Pelaksanaan RCVEP tak jejas kedatangan rakyat Singapura – MDEA
KULAI: 15 JUN 2024 - Sistem Kutipan Caj Jalan dan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (RCVEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura yang akan berkuat kuasa pada Oktober ini tidak akan menjejaskan kedatangan rakyat republik itu ke negara ini. Presiden Persatuan Usahawan Dato-Dato Malaysia (MDEA), Dato' Sri Jacky Ker Cherk Yee berkata, proses penyesuaian serta pengenalan sistem RCVEP akan berlaku terutama pada minggu pertama kerana masih baharu tetapi tidak akan mengambil masa lama.
"Selepas itu keadaan akan menjadi normal. Tidak jadi masalah kerana rakyat Singapura macam yang kita ketahui akan mengikut sahaja sebab sudah ada satu mekanisme yang bagus.
"Saya juga percaya sistem RCVEP ini akan lebih efisien dan membantu imigresen mempercepatkan proses orang ramai keluar masuk selain ekonomi kita juga bertambah baik," katanya. Salah satu cara yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah melalui perluasan sistem kereta api yang ada pada masa sekarang, di mana kerusi-kerusi tersebut boleh ditanggalkan dan kapasiti serta kekerapan perjalanannya dapat ditingkatkan," katanya.
Melalui cadangan itu katanya, akan meningkatkan jumlah pelancong, menjimatkan masa, meningkatkan ekonomi, kecekapan tenaga kerja serta peningkatan sektor pelancongan kedua-dua negara.
Banyak sektor seperti pelancongan, makanan, penginapan, rekreasi seperti taman tema, dan lain-lain industri akan turut mendapat manfaat. "Dengan ini, kedua-dua belah pihak akan mencapai hasil yang amat baik. Selain itu, isu yang perlu kami selesaikan adalah berkenaan gelandangan dan pengemis antarabangsa di bandar raya ini," ujar beliau.